Info Syarikat
HA Smart Global Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kesihatan dan wellness berdaftar di Malaysia, yang komited dalam menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi berasaskan formulasi moden dan teknologi terkini. Ditubuhkan dengan visi untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat, kami menumpukan kepada pembangunan produk inovatif yang selamat, berkesan dan diyakini.

Sebagai syarikat berdaftar dengan SSM, HA Smart Global Sdn Bhd sentiasa mengutamakan piawaian kualiti, ketelusan perniagaan serta kepuasan pelanggan. Produk-produk kami dibangunkan melalui pendekatan saintifik dan teknologi pemprosesan canggih bagi memastikan penyerapan nutrien yang optimum untuk hasil maksimum di kilang kami di Gurun, Kedah yang memenuhi standart piawaian antarabangsa.
Selain pembangunan produk, HA Smart Global Sdn Bhd juga menawarkan peluang perniagaan yang mampan kepada individu yang ingin menjana pendapatan bersama syarikat tempatan yang sedang berkembang pesat. Dengan sistem sokongan, latihan dan pemasaran yang tersusun, kami komited membina rangkaian usahawan yang berjaya di seluruh Malaysia.



Visi kami adalah menjadi peneraju syarikat kesihatan dan wellness yang dipercayai di Malaysia, manakala misi kami adalah untuk menyediakan solusi kesihatan berkualiti serta membuka peluang ekonomi kepada masyarakat.
ALAMAT SYARIKAT
HA SMART GLOBAL SDN BHD
202101017913 (1418213-P)
No. 115 (1st & 2nd Floor),
Jalan Melati 1/3A,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah DA
Website: www.hasmartglobal.my
Peluang Bisnes, Jana Pendapatan Lumayan dan Realisasikan Impian Anda!